Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Kadet Remaja Sekolah, SMK Sacred Heart, Sibu.

 

 

           " Ilmu Iman Amal " .... Begitulah cogan kata yang telah, sedang dan bakal diheboh-hebohkan oleh Kadet Remaja Sekolah di negara kita, khasnya yang melibatkan para remaja yang penuh dengan semangat cekal serta yang bakal menerajui puncak kepimpinan negara.

 

           Laman web rasmi Kadet Remaja Sekolah SMK Sacred Heart Daerah Sibu, Sarawak sedang dibuka dan sedang dalam proses penambahbaikan. Ia dibangunkan  bagi membolehkan semua warga SHS, khususnya ahli KRS mengetahui maklumat dan berita terkini mengenai KRS.

 

          Terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG SMK SHS kerana selangkah maju ke hadapan dalam menyediakan prasarana ICT seiring dengan era globalisasi. Diharapkan pada masa akan datang, laman ini akan dapat menolong ahli - ahli KRS, khususnya dengan mempamerkan informasi yang penting demi memajukan KRS Daerah Sibu di Sarawak.

 

         Pasukan KRS di sekolah ini bermula bukan sebagai satu pasukan yang digemari oleh pelajar-pelajar di sekolah ini. Malahan pada masa itu, ia hanyalah sekadar menjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan dalam satu Badan Beruniform.

 

          Dengan kegigihan dan semangat ahli-ahli jawatankuasa yang lepas, pasukan KRS pada hari ini telah berjaya mempunyai suatu kedudukan yang agak menggalakkan. Setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah pasti akan disertai dan disumbangkan tenaganya oleh ahli KRS. Walaupun tahap perkembangan KRS di sekolah ini agak lambat, tetapi masih dalam usaha besar untuk terus maju ke depan................