SEJARAH PENUBUHAN

 

KADET REMAJA SEKOLAH


       Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.

      Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.


       Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.

        Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).


          Walau bagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.


        Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

         Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.

 

 

... ILMU ... IMAN ... AMAL ...


VISI 

“Ahli KRS Sacred Heart

menjadi

pelajar contoh

dalam negara kita "

 

MISI

 

“KRS Sacred Heart

 

menyediakan

 

program berkualiti

 

untuk membentuk

 

pelajar berdisiplin dan

 

beraspirasi

 

bagi menjayakan

 

visi kudsi Wawasan 2020”

 

MATLAMAT

 

 

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

OBJEKTIF

 

Membina generasi bersemangat  patriotik yang cintakan agama,

 bangsa dan negara.

 

Membentuk generasi yang

menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,

 berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif

 dalam menghadapi

 pelbagai cabaran hidup.

 

Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan

 di kalangan pelajar

 mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan

 integrasi nasional.

 

Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan

 demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

 

Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran,

 kebolehan mengurus

 dan memimpin.

 

 

LENCANA KRS  

PENGERTIAN LOGO

Perisai

Benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

 

Bulan dan Bintang

Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

 

Dua Tangkai Padi Bersilang

Resmi padi, iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

 

Buku yang Terbuka dan Rehal

Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara.

 

Warna Hijau

Alam sekitar yang sihat.

 

Warna Merah

Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

 

Warna Kuning

Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan

Negara Malaysia

 

Warna Putih

Keikhlasan serta kesucian


 

BENDERA KRS

 Warna Hijau melambangkan:

 

1.

Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk.

 

2.

Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

 

3.

Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.

 


 

 

Cogan kata KRS

ILMU, IMAN, AMAL "

ILMU

Asas keintelektualan

dan ketrampilan ahli KRS.

 

IMAN

Keimanan yang mendalam

merupakan asas pembinaan diri.

 

AMAL

Penghayatan dan perlakuan

gaya hidup sihat merupakan

natijah daripada

kekuatan intelektual dan disiplin diri.

 


 
KADET REMAJA SEKOLAH

 

Kadet Remaja Sekolah

Menuju satu ikatan bersaudara

Bersatu menjulang keamanan negara

Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

 

Marilah kita membina peribadi

Membentuk insan yang kreatif

Ke arah kecemerlangan diri

Sepanjang masa yang berterusan

 

Remaja, sambutlah cabaran

Menjadi bangsa Malaysia

Maju dan cemerlang

Remaja berwawasan

Jangan kita lupa kepada pencipta

 

Remaja, hayati budaya

Ilmu, Iman dan Amal

Kekalkan di hati, dan jiwamu

Wawasan Kadet Remaja Sekolah

 

 

 

Dengarlah

 lagu KRS.wma

 dengan penuh semangat !

 

 

 

 

 

 

LAGU LARIAN KRS

 

GEMPUR KRS

 

Kadet Remaja Sekolah

Semangat waja kita melangkah

Cekal hati dan juga tabah

Satu ikatan kita berukhwah

 

Ayuh remaja sambut cabaran

Jadi remaja yang berwawasan

Hati dan jiwa kita kekalkan

Ilmu Iman dan juga Amal

 

 

 

 

 

LANGKAH KRS

 

Mula langkah....................Kanan

Menuju....................Wawasan

Ayuh kita....................maju

Jadi insan...................berilmu

Janji kita................kekalkan

Jadi insan...............beriman

Hati mesti................cekal

Jadi insan.................beramal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERLEMBAGAAN

 

 KADET REMAJA SEKOLAH

 

 

... Sila rujuk kepada ...

 

PERLEMBAGAAN KRS.doc